NRDP adalah satu program pembangunan Ragbi di bawah Majlis Sukan Negara untuk melahirkan pemain – pemain ragbi bertaraf Elit sebagai skuad pelapis negara yang bakal diserap ke pasukan Ragbi senior negara. Ia bermula dari tahun 2017, setelah dilancarkan oleh YB Khairy Jamaluddin, mantan Menteri Belia & Sukan pada 22hb Oktober 2016 sempena Karnival Ragbi NRDP 2016 di UPM, Serdang.

 

Pihak Berkepentingan (Stakeholders)
  • Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) @Malaysia Rugby (MR)
  • Kementerian Belia & Sukan (KBS)
  • Majlis Sukan Negara (MSN)
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Pernyataan Visi
  • Untuk menjadi negara Ragbi terbaik di Asia
Pernyataan Misi
  • Untuk menerap serta membudayakan Sukan Ragbi di kalangan belia dan melahirkan generasi baru pemain ragbi bertaraf antarabangsa yang berdaya saing melalui pendekatan sains dan program yang bersistemetik.

Program Di Bawah NRDP

 

Program Ragbi Lelaki

  • 13 tahun - 18 tahun
  • 19 & 20 (Yayasan Sime Darby)

Program Ragbi Wanita

  • 13 tahun – 17 tahun
  • 18/19/20 (Yayasan Sime Darby)

*Program Ragbi Lelaki Bawah 19 & 20 Tahun dan Program Ragbi Wanita Bawah 18/19/20 Tahun adalah di bawah tanggungan Yayasan Sime Darby. Manakala, pengurusan adalah dibawah program NRDP.

Powered by
© 2021 - All Rights Reserved. Authenteqa Sdn Bhd - 202101023167 (1423467K)